Friday 31 August 2012

Malunya si Rumput Semalu


Kenal gambar tersebut?
Ya, inilah dia si rumput semalu atau dalam bahasa saintifiknya, minonasu pudica L. Habitat rumput semalu adalah dikawasan padang terbiar dan juga kawasan yang bersemak-samun. Rumput semalu ini mempunyai ciri-ciri batang lembut yang berduri, daun yang berwarna hijau yang tersusun rapi, dan juga bunga yang berbulu-bulu halus berwarna ungu. Sang semalu ini mempunyai sifat yang unik dan tersendiri. Daunnya akan menguncup umpama malu-malu apabila disentuh. Sentuh sedikit sahaja, ia akan menguncup dengan serta merta dan terus mempamerkan duri-duri yang terdapat disebalik dedaunnya. Kalau degil mahu menyentuhnya juga, awas! akan terluka terkena durinya.


Nak dikategorikan "malu" ini... banyak yang boleh kita bincangkan. Namun, disini saya ingin menempiaskan bicara saya mengenai sinonimnya malu itu dengan sifat perempuan. Perempuan umpama perhiasan bagi manusia yang bergelar lelaki. Iya, pasangan bagi lelaki adalah perempuan.

Kini sang manusia seperti sudah tidak punyai perasaan malu... terutama sang perempuan yang sinonim dengan sifat malunya.
Lihat sahaja sang perempuan X itu yang tidak punyai rasa malu apabila disentuh oleh sang lelaki Y. Sedangkan mereka belum menjadi ikatan sah X-Y.  Iya... memang sang manusia X itu tidak pandai menguncup. Tapi... manusia X itu punyai tangan dan kaki yang cukup sempurna. Tangan yang boleh menepis, dan kaki yang boleh bergerak dengan pantasnya. 

Mari lihat sang semalu pula. Ia tidak mempunyai tangan, malah tidak mempunyai kaki.. 
Betapa besar harga diri sang rumput semalu itu...
Tidak malukah kita dengan sang semalu itu??? 
Mana perginya sifat malu kita??? 

Astaghfirullahalazim....
Mulianya malu si rumput semalu....

P/s: Malu lah pada tuhan wahai sang manusia...

Thursday 15 September 2011

Sang pedestrian

*Bustop*
Petang, Hujan Lebat...
Buka beg, ambil hp, buka Inbox;
 'Hari ini balik naik bus'
Hmmmm... "Okay"
Buka beg balik, cek payung..
"Owh, Nasib baik ada.."
Bas datang,
naik.

*Dalam bas*
Duduk di tepi tingkap..
Masuk orang, dihimpit...
hmmm... "Sabo jelah"

*Turun bas*
Berlari-lari...
Berteduh sekejap...
Berlari-lari lagi..
Berteduh kembali...
Buka payung..

*Jalan ke rumah*
Tengok keliling...
Jalan cepat..
Ada kereta.. Mengelak..
Jalan lagi...
Busssssshhhhhhhhhhh!!!!
Basah!
Habis basah!
Kena simbah!
Tinggal separuh air dilopak..
Kereta siapalah lah tu? laju benar?
Mau terberak kah?

Hmmm...
Inilah nasib...
Sang pedesterian...
 

Saturday 9 July 2011

FATAMORGANA

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


... Marilah kita melihat dunia dari jendela akhirat...  

Sunday 24 April 2011

Bunga Biru

"Si bunga biru" 
Berkelopak lima berwarna biru.
Kecil, comel dan cute.


Sumber ilham dari seorang teman rapat..
Teman yg punyai hobi melukis sekuntum bunga di tepi setiap helaian buku catatannya..
Temanku itu meminati warna ungu, 
Namun pilihan warna biru untuk cbunga adalah mengikut warna kesukaanku..
Perkenalkan...
Inilah dia c bunga biru...




Comelkan... hehe